Labels

Touch-up (35) Sea (11) Human (10) Potrait (10) Landscape (9) HDR (7) Sun (7) the seeking of sunset moment in 7 days (7) Tone (6) Lightroom (5) Plant (5) RAW (5) Bokeh (4) Info (4) Light (3) Old (3) Outing (3) Photomerge (3) Strobist (3) Sunrise (3) Animal (2) BnW (2) Exif (2) Folio? (2) IR Edit (2) Light Trail (2) Lomo (2) Motion (2) Sunset (2) Cloud (1) Manipulation (1) Silhouette (1) Slow Sutter (1)

Apa itu Bokeh?

Bokeh

Bokeh ni berasal dari perkataan jepun – boke – yang disebut sebagai bokeh. Bokeh ni adalah titik cahaya diluar-daya-fokus (out-of-focus), kiranya bokeh ni adalah teknik kabur belakang subjek yang mempunyai shape yang tersendiri. Ataupun dalam bhasa mudahnya lagi fuuhh-kabur-gile-babeng!. Ok.

Bokeh ada 3 jenis gred;

1. Good terbaik dari ladang

2. Neutral so-so

3. Bad hmm boleh laa

Jadi untuk mendapatkan gred terbaik dari ladang, korang perlu pakai lens yang dijamin mahal dan superb-seal di kotak. Bokeh ni tak boleh dihasilkan dengan photoshop atau apa apa pun software computer melainkan dengan lens. Untuk mendapat bokeh, aperature paling asas f<2.8. semakin kurang nilai aperature, semakin bagus kualiti bokeh contohnya 0.95,1.0,1.2,1.4,1.8 dan 2.8. lebih dari 2.8 dikira sebagai DOF – depth of Field Ni kira factor jarak antara subjek dengan background. Dan memang x mantap gred bokeh. Harga untuk lens boleh diibaratkan dengan; semakin kecik nilai f, semakin besar peluang untuk bayar downpayment Ferrari.

f1.0

f1.2

f1.8

f2.8

Dan bokeh boleh dihasilkan dengan pelbagai bentuk



http://www.fotomedia.com.my/forum/showthread.php?t=402&page=9

Apa itu HDR?

HDR atau High Dynamic Range, adalah kemampuan untuk menghasilkan sekeping gambar dari gabungan beberapa keping yang mempunyai exposure (pendedahan) yang berbeza. Jadi kelebihan HDR ni untuk menghasilkan gambar yang lebih detail dari gambar asal dan lebih accurate (tepat)

Untuk hasilkan HDR ni, kebanyakan kamera sekarang ni dah ada fungsi basic 3-stops nilai exposeure. Contohnya, -2..0..2.



jadi secara asasnya kalau nilai exposure -2, sudah tentu gambar menjadi under exposure atau kelam, kalau 0 gambar menjadi neutral dan kalau +2 gambar menjadi over exposure atau terlebih cerah. Mode setting nya pula ialah mode P.



Walaubagaimnapun, HDR ni juga boleh dihasilkan dengan sekeping gambar dan diedit nilai exposure didalam photoshop (image>adjusment>exposure). Siapkan 3 keping gambar berbeza nilai exposure kemudian merge to HDR (file>automate>merge to HDR) . Tapi kualiti gambar menggunakan 3 keping gambar dengan exposure berbeza lagi mengancam dari sekeping gambar.

Tapi amat digalakkan untuk merge gambar dengan software Photomatix.

http://www.kakipancing.net/viewtopic.php?f=83&t=4465

http://www.google.com.my/url?sa=t&source=web&cd=2&ved=0CCMQFjAB&url=http%3A%2F%2Fphotography-on-the.net%2Fforum%2Fshowthread.php%3Ft%3D162508&ei=EeotTJGaCcWyrAfC4vnzBQ&usg=AFQjCNFkCLgLOASEKLCX82r_e-j_SaNCpw

Followers